Makan seafood murah di Kampung Senibong
9/01/2018Pakej makanan paling berbaloi yang biasa kami order berharga RM39.90. Cukup untuk makan bertiga. Menu yang terkandung dalam pakej adalah nasi putih untuk 2 orang, ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, kailan ikan masin dan air laici 2 gelas. Untuk anak tersayang biasanya kami tambah lagi satu menu sotong goreng tepung. Harga cuma RM6 dengan kuantiti yg lebih banyak berbanding kedai-kedai Thai Seafood yang lain.
Makanan pun boleh tahan sedap, tapi pernah juga kami order siakap stim limau, kuahnya rasa macam juice sunquick. Tapi next time datang, rasa elok pulak stim limau nya.. Apa pun bagi kami sangat berbaloi untuk makan di sini jika dipandang dari segi harga dan rasa makanannya.. Sambil tu, dapatlah juga amik feel makan tepi laut
0 comments