Check In : Embassy Hotel, Mersing
9/08/2018
Esok nak pergi Tioman, oleh sebab tiket feri pagi, maka terpaksalah menginap satu malam di Mersing. Time cuti macam ni, hotel budget mcm ni pun boleh overprice. Agoda harga Rm95, nasib baik dapat lebih murah di Traveloka, Rm55 selepas apply voucher.
Walaupun hotel ni nampak lama, sekali pandang kebersihannya boleh dikatakan agak baik. Dari luar corridor sampaila ke dalam bilik, kebersihannya nampak terjaga. Wifi pun ada disediakan, walaupun kelajuannya tak seberapa. Aircond juga berfungsi dengan baik
Tapi disebalik suasana yang nampak bersih tu, ada masalah lain yang mendatang. Bilik yang kami dapat, selimutnya agak berbau. Confirm dah lama tak cuci. Maka selayaknya terus dicampak ke lantai, sebab langsung tak ada selera nak digunakan. Bila baring atas tilam pulak, satu badan terasa gatal-gatal dan mula naik bintat sini sana. Air shower pulak sangat perlahan. Air sinki terpaksa ditadah ke dalam gayung bila nak mandi. Lain-lain tu kira acceptable la, sbb hotel budget lama, tak perlulah nak demand lebih.. Termasuklah siaran tv yang tak berapa nak jelas dan kondisi perabotnya.
Pendek kata, hotel ni kira bolehlah diterima seadanya selain daripada masalah bed bugs dan selimut berbau tu..
0 comments