Flashing Lenovo Tab 2 A7-30HC ROM

8/12/2016


Orang rumah saya beli tablet model ni dari Lazada untuk anak kesayangan. Harganya agak murah selepas apply kupon diskaun, dan kami sangat berpuas hati dengan performancenya. Lepas seminggu baru saya tersedar ada satu apps yang dah sedia install dalam tablet ni membuat connection haram secara background. Nama apps ni WeQR. Dalam seminggu, lebih 1GB data digunakan oleh apps ni. Bila kill dia run semula, bila disable dia enable semula selepas restart. Tak bole uninstall sebab apps ni datang sekali bersama firmware. So, sesiapa yang ada terbeli tab yang sama di Lazada bolehla check balik kewujudan apps ni. Hasil kajian di google, majoriti mengatakan apps ni adalah malware.

So, untuk mengatasi masalah tersebut, terpaksalah decide untuk flash semula ROM. Dan secara tak langsung akan void warranty. Malas nak peduli pasal warranty, sebab bila check kat web Lenovo, takde langsung rekod warranty untuk IMEI dan serial no tab ni. So ini la rakaman pahit getir sepanjang proses ROM flashing.

Bila google, most website suggest guna ROM from this site http://firmwarefile.com/lenovo-a7-30hc. Saya try download ROM Lenovo_A7-30HC_S000125_OTA, transfer ROM kedalam sdcard, dan melakukan flashing melalui bootloader menu.
Result: Failed. Tab stuck pada logo Lenovo

Belum lagi berputus asa, saya try pula ROM Lenovo_A7-30HC_S017_141229_ROW dan proses flashing dilakukan melalui usb menggunakan software SP Flash Tool di notebook. Saya terpaksa menggunakan method format sebelum upload ROM kerana pada awalnya Flash Tool memberikan error code.
Result: Failed. Tab bricked terus. Takde respon bila charging, tak boleh on langsung. Tak ada led yang menyala. Saya cuba untuk flash sekali lagi menggunakan ROM yang sama, tetapi gagal apabila Flash tool memberikan error BROM ERROR : S_FT_ENABLE_DRAM_FAIL (4032). 

Selepas beberapa percubaan dan sedikit pembacaan, boleh la disimpulkan, bootloader ROM sebelum ni tak compatible untuk tab saya. Apabila bootloader tak compatible, tab jadi macam jasad tak ada roh. Nasib saya masih baik, sebab notebook masih boleh detect connection usb tablet apabila button power dan volume ditekan serentak.

Selepas beberapa hari try n error sambil give up seketika, akhirnya ROM yang sesuai dijumpai di website ini http://forum.gsmhosting.com/vbb/f958/lenovo-tab-2-a7-30hc-dead-after-flash-solved-2048843/#post11733477. Saya flash menggunakan ROM A7-30HC_S0029_151021_ROW melalui usb. 

So, bagi sesiapa mengalami masalah malware yang sama, bolehlah cuba menggunakan dua ROM ini untuk flashing firmware tablet Lenovo A7-30HC anda.


You Might Also Like

0 comments